Nasab
Habib Abu Bakar Attas bin Abdullah bin Alwi bin Zain bin Abdullah bin Zain bin ‘Alwi bin Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Alwi bin Abu Bakar Al-Habshi di lahirkan di Hottah, Hadramaut pada bulan Zulkaedah 1327H (1909M). Beliau adalah merupakan salah seorang daripada guru kepada Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafiz bin Abdullah bin Abu Bakar bin Aidrus bin Umar bin Aidrus bin Umar bin Abu Bakar bin Aidrus bin Al-Husain bin Syeikh Abu Bakar bin Salim, pengasas Rubath Darul Musthofa di Tarim.
Guru-guru beliau
Semasa kecilnya ditarbiah oleh ayahandanya sendiri. Selepas ayahandanya, Habib Abdullah wafat pada tahun 1342H, tugas tersebut diambilalih oleh kekandanya Habib Hussin. Sebelum meningkat umur remaja, Habib Abu Bakar telah menghafal dan mendalami sebahagian besar isi al-Quran. Beliau menghadiri majlis-majlis ilmu, mendalami kitab-kitab ilmu dan menceduk rahasia-rahsianya yang bagaikan lautan dari ramai ulama. Diantara masyaikh beliau adalah:
• Habib Hussin bin Abdullah al-Habshi
• Habib Alwi bin ‘Abdullah al-Habshi
• Habib Alwi bin Abdullah Benshahab
• Habib Abdullah bin Idrus al-Idrus
• Habib Abdullah bin Umar asy-Syatrie
• Habib Abdul Bari bin Sheikh al-Idrus
• Habib Ahmad bin Abdurrahman as-Saggaf (as-Saqqaf)
• Habib Ahmad bin Mohsin al-Hedhar
• Habib Ali bin Abdurrahman al-Habshi
• Habib Muhammad bin ‘Ali al-Habshi
• Habib Muhammad bin Salim Asree
• Habib Muhammad bin Hadi as-Saggaf
• Habib Umar bin Muhammad Bensmeth
• Habib Hasan bin Muhammad Balfaqih
• Syeikh Mahfuz bin Utsman
• Syeikh Salim Said Bakayir
Apabila kekandanya wafat pada tahun 1369H, ia beruzlah. Beliau menghampirkan diri kepada Ilahi dan tenggelam dengan zikrullah. Ia menghabiskan sepenuh masanya dengan beribadah di dalam keadaan tenag dan juga mengulangkaji kitab-kitab para ulama yang sholeh yang memberi manfaat.
Disebabkan tekanan dari pemerintah Yaman (pada ketika itu Yaman diperintah oleh komunis) beliau telah meninggalkan Hadramaut dan akhirnya bermastautin di Mekah sehingga akhir hayatnya.
Rutin Harian Beliau
Habib Abu Bakar tidak pernah membuang masa. Masanya dibahagikan untuk amal-amal ketaatan, beribadah, kerja-kerja kebajikan, memberi nasihat dan petunjuk di dalam hal urusan orang Islam. Beliau selalu tenggelam dalam zikrullah. Beliau berjaga malam dan terus beribadah sehingga waktu syuruk. Selepas shalat ia memakan sarapan yang ringan dan tidur sebentar.
Pada jam 10 pagi beliau shalat dhuha dan terus berzikir sehingga waktu zohor. Beliau shalat sunat qabliah zohor sebanyak 4 rakaat dan membaca surah Yasin disetiap rakaat. Selepas shalat zohor dan ba’diahnya, beliau makan tengahari dan berehat.
Jam 4 petang ia terus beribadat. Selepas shalat sunat asar 4 rakaat dan beristighfar 70 kali, beliau menunaikan shalat asar dan diikuti dengan zikir, wirid dan mengadakan majlis roha sehingga maghrib Kemudian diikuti dengan shalat fardhu maghrib, sunat ba’diah dan sunat awwabin sehingga masuk waktu isyak.
Habib Abu Bakar membaca ratib al-Haddad selepas selesai shalat isya’ dan ba’diahnya. Selepas makan malam beliau tidur pada jam 10 malam dan bangun semula pada jam 2 pagi untuk memulakan rutin ibadah hariannya.
Amalan beliau ini mencerminkan sebenar-benar isi kandungan kitab tariqah Ba’alawi – al-ilmu Nabras fi Tanbih ‘ala Manhaj al-Akyas oleh kerana beliau:
“….. mengikuti jejak salaf mereka yang berteraskan ilmu dan amal, pembersihan hati dari pekerti buruk, ketaatan dan amal shalih dengan niat yang bersih, berteman dengan orang baik, tidak bergaul dengan orang-orang yang buruk kelakuan, tidak suka terkenal, menjauhi keramaian dan keriuhan disertai mengaku kekurangan diri, berakhlak mulia, bertekad tinggi, warak, zuhud, lemah-lembut, berhati-hati, meninggalkan orang yang memusuhi mereka dan menumpukan perhatian pada hal-hal akhirat ….”
Penulisan
Al-Habib Abu Bakar menghasilkan enam buah risalah dan salah satu daripadanya bertajuk “al-Tazkir al-Mustaffa”
Wafat
Habib Abu Bakar Attas wafat pada 28 Rejab 1416H dan jenazahnya di shalatkan di Masjidilharam dan diusung hingga ke perkuburan Ma’ala oleh ribuan manusia yang berzikir dan bertahlil yang tidak pernah di lihat ditanah haram.
__________________________________
Notakaki:
(1): Gelaran ‘al-Attas’ telah diberikan [kepadanya] oleh Habib Abdullah bin Alwi Al-Habshi. Rupanya ada rahasia disebalik nama gelaran tersebut. Semasa pemerintahan komunis di Hadramaut, hampir semua alim-ulama diburu dan diseksa dan ada yang dibunuh oleh kerana mempertahankan yang hak Allah. Contohnya ialah Habib Muhammad bin Salim bin Hafiz Benshaikh Abu Bakar [ayahanda kepada Habib Umar], mufti Hadramaut yang ditangkap oleh pihak tentera selepas memberi khutbah dan shalat di Masjid Jame’ Tarim. [ketika terjadinya peristiwa ini, Habib Umar yang ketika itu berusia 9 tahun ada bersama ayahandanya] Ianya hilang ghaib begitu sahaja. Habib Abu Bakar termasuk golongan di dalam ‘hit list’. Dengan izin Allah, ia mengetahui rancangan kejam kerajaan dan sempat mengumpulkan kelurganya dan berlepas ke Jeddah melalui pesawat di Aden. Kepungan oleh pihak tentera dibuat merata-rata untuk mencari Habib Attas tetapi ia terselamat oleh kerana di dalam paspotnya tercatat nama Abu Bakar saja.(bersambung)
0 komentar:
Posting Komentar
Silahkan Tinggalkan Komentar Anda,Kritik Dan Saranya Sangat Ber Arti